-:: Kursus Kepimpinan Pelajar 2011::-

Monday, February 14, 2011

Bermula 11 - 13 Feb 2011 yang lalu, semua pengawas sekolah, pengawas perpustakaan, ketua & penolong ketua darjah serta ketua bilik-bilik khas telah menyertai Kursus Kepimpinan Pelajar yang di adakan di Pusat Kemas Parlimen Jasin. bilangan peserta yang menyertai kursus iniialah 80 orang. Dengan kemudahan dan kerjasama yang diberikan, kursus tersebut telah berjalan dengan lancar.
Kursus kali ini juga menampilkan fasilitator yang baru dan yang lama bersama menggembeling tenaga bagi membentuk pemimpin cemerlang untuk menjadi contoh kepada semua murid lain. Kursus tersebut telah dirasmikan penutupannya oleh En Shafie Bin Ibrahim, wakil PPD Jasin.
Berikut sedikit sebanyak kenangan semasa kursus tersebut berlansung.



Baca seterusnya.....

-:: Merentas Desa 2011::-

Wednesday, February 2, 2011

Seperti biasa, SKSD akan menjalankan aktiviti tahunannya iaitu Merentas Desa. Kali ini aktiviti tersebut telah dijalankan pada 1 Feb 2011 bersamaan hari Selasa. Aktiviti tersebut pada kali ini menggunakan laluan yang lebih mencabar yang pastinya menguji kekuatan mental dan fizikal murid-murid. 
Merentas Desa pada kali ini telah mendapat sentuhan banyak sentuhan baru yang menampilkan guru pelatih (senamrobik )serta beberapa guru baru berpindah.terserlah semangat yang membara dikalangan murid dalam mengumpulkan mata bagi rumah sukan masing-masing. 
Merentas Desa pada kali ini terserlah lebih mesra apabila program ini dikoleberasikan bersama dengan Program RIMUP yang mana kali ini telah menjemput peserta dari SJKT Ladang serkam. Ternyata program ini memberikan impak yang besar bagi pihak SKSD kerana program ini telah berjaya dilaksanakan denagn adanya kerjasama yang erat di antara 2 sekolah ini.
























































































































































































 
 














 





























Baca seterusnya.....