-:: Pearakan Maulidur Rasul 2011::-

Thursday, July 7, 2011

Serkam Darat, 24 Feb 2011 - Perarakan Maulidur Rasul yang bertemakan 
1 Malaysia 1 Ummah di Serkam Darat telah menggabungkan 3 buah sekolah di dalam sebuah perarakan besar yang mana antara sekolah-sekolah yang terlibat ialah SK Serkam Darat, SMA As-Saiyidah Khadijah Dan juga SRA Jaim Serkam Darat. Perarakan itu bermula pada pukul 2.30 petang di SMA As-Saiyidah Khadijah dan berakhir kira-kira jam 5.30 petang di SK Serkam Darat. Antara pengisian Perarakan ialah Pertandingan perarakan, Pertandingan Selawat, Ceramah Maulidur rasul dan Penyampaian hadiah kepada para pemenang. Perarakan kali ini telah mendapat sentuhan penaja air iaitu dari ECPI cawangan Pulai. Pihak sekolah amat menghargai segala keprihatinan pihak ECPI dalam menyumbang air mineral beralkali kepada semua peserta perarakan. 
Baca seterusnya.....

-:: Kem Bestari Solat Kali Pertama 2011::-

Wednesday, March 2, 2011

Pembentukan akhlak bermula dari solat yang sempurna.Dari itu, SKSD dengan diketuai Panitia Pendidikan Islam dengan kerjasama semua warga SKSD telah bersama-sama menjayakan KBS kali pertama ini. KBS kali ini juga turut mengundang fasilitator luar yang terdiri daripada pelajar-pelajar dari SMA As-Saiyidah Khadijah untuk membantu memberikan tunjuk ajar dalam memperbetulkan lagi solat adik-adik di sini.
SKSD amat berterima kasih di atas segala kerjasama yang diberikan.Semoga bertemu lagi di KBS siri 2 pula. Insya Allah.


























































































































Baca seterusnya.....