-:: Mesyuarat Agong Kali Pertama / 2011 Kelab Kebajikan Guru & Staf SKSD ::-

Thursday, January 20, 2011

Pada 20 Januari 2011, bersamaan hari Khamis Kelab Kebajikan Guru & Staf telah menganjurkan mesyuarat nya yang pertama bagi sesi tahun 2011. Antara agenda mesyuarat adalah:-
  • Ucapan perasmian oleh Pn Normi Binti Jantan, Guru Besar SKSD.
  • Ucapan Pengerusi Kelab Guru tahun 2010.
  • Membubarkan AJK tahun 2010.
  • Melantik AJK bagi sessi 2011.
  • Penyampaian Cenderahati dari Kelab Kebajikan Guru& Staf 2010.
  • Hal-hal lain.
  • Jamuan.
Tahniah kepada En Abdul Rashid Ismail di atas pelantikan sebagai Pengerusi Kelab Guru & Staf Yang baru. Semoga dapat memimpin AJK bawahan serta ahli-ahli ke arah sekolah cemerlang.
Berikut sedikit kandid yang sempat diambil semasa majlis berlansung.

































Baca seterusnya.....

-:: Projek Penanaman Pokok Padi ::-

Wednesday, January 19, 2011

Pada 19 Januari 2011, PPKI SKSD telah menjalankan projek sulongnya iaitu 
Projek Penanaman Pokok Padi. Setelah kawasan diberikan oleh Puan Guru Besar SKSD, PPKI SKSD tidak mensia-siakan kawasan yang dikurniakan itu. Projek tersebut telah mendapat tunjuk ajar oleh En Hassan B Mohamad, pekerja sekolah yang memastikan segala projek yang dikehendaki pihak sekolah menjadi kenyataan. Projek tersebut juga telah dipantau dan dibantu oleh GPK PPKI dan guru-guru PPKI SKSD juga PPM PPKI.
Antara tujuan projek tersebut ialah memberikan murid-murid PPKI pengalaman merasa sendiri cara-cara penanaman padi. Selain itu memperkenalkan kepada mereka rupa bentuk anak pokok padi. Selain itu dapat memupuk semangat tolong-menolong antara satu sama lain. Mereka juga dapat menerapkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seperti menghargai makanan yang ada, 
Diharap dengan adanya projek seperti ini,dapat memberikan pengalaman dan ilmu dalam penanaman pokok padi supaya mereka lebih menghargai usaha orang lain dalam memberikan mereka makanan.
Berikut sedikit cebisan semasa projek itu berlansung.























Baca seterusnya.....